Thursday, June 23, 2016

Amarah 2

Fauziah:
KEMANA PERGINYA TENAGA MARAH KITA....?

Sekarang ini tertalu ramai para ibu dan bapa yang mudah hilang sabar, jadi serabut dan marah-marah kepada anak-anak mereka dan kemudiannya berasa kesal bila mereka kembali tersedar diri. Persoalannya mengapa perkara begini menjadi semakin banyak?
Apakah sebenarnya yang berlaku di dunia ini?

Jika anda sering marah-marah dan mudah serabut dengan perangai anak-anak anda, cuba ambil masa seketika dan bertanya, dari mana datangnya pendekatan marah-marah kepada anak-anak ini?

Adakah semasa kecil anda sering dimarahi juga dan ianya menjadi terautomatik untuk anda melakukan perkara yang sama?

Ini bukan untuk kita menyalahkan ibu bapa. Ingat, sekali lagi Ibu nyatakan, INI BUKAN UNTUK KITA MENYALAHKAN IBU BAPA! Ibu minta sangat jangan tulis komen yang menyalahkan ibu bapa atau mengatakan posting ini mengenai menyalahkan ibu bapa. Jika ada yang melakukan sedemikian, Ibu akan delete komen itu. Kerana bukan itu tujuan posting ini. Stay focus on the matter discuss.

Kenapa Ibu minta anda ambil masa mencari kembali punca marah ini? Kerana setelah tahu barulah kita boleh mengambil kembali kemudi emosi kita. Jika kita tidak sedar, kita jadi seperti di'pukau' oleh program yang tidak disengajai oleh orang tua kita dan kita ulang tanpa sedar kesilapan mereka.

Oleh itu apa yang kita boleh lakukan:-

1- Bila tersedar anda cepat sangat berasa serabut dan marah-marah; duduk diam sebentar, tarik nafas dan cari dimanakan punca marah-marah ini.

2- Tarik nafas dan lepaskan nafas sambil membawa keluar tenaga marah itu dengan nafas yang ditarik keluar. Lakukan Istigfar jika anda seorang Muslim. Lakukan 5 kali.

3- Kali ke 6 tarik nafas dan kali ini, bawa ke dalam diri anda kemaafan kepada sesiapa yang menyalahi anda. Ulang 5 kali dan teruskan membawa keluar tenaga marah bila bernafas keluar sehingga anda berasa sedikit tenang.

4- Ingatkan kembali sesuatu yang indah dan bawa tenaga itu masuk ke dalam diri anda semasa anda menarik bernafas masuk, bersama dengan pujian kepada Allah.

5- Lakukanlah begini sehingga anda tenang dan selalu ulang perkara ini sehingga anda boleh mengawal kemudi emosi anda dan tidak terbawa oleh kesakitan semalam yang anda lalui semasa kecil.

Copy paste -Ibu Rose fb

No comments:

Post a Comment