Saturday, June 25, 2016

Aktifkan sel2 otak

Maznah Ibrahim - EhSabar:
KAEDAH MUDAH MENGHUBUNGKAN SEL-SEL OTAK.
(Tanpa berbelanja wang dan ringgit)

Beginilah rupanya apabila 'sel-sel otak berhubung' atau terbentuknya jalinan neural dari lahir sehingga usia 2 tahun. 80% otak kanak-kanak terbentuk ketika usia 0-3 tahun.
Interaksi 'serve and return' (bayangkan seperti dalam permainan tenis) didapati menjadi kaedah yang paling berkesan membentuk jalinan neural dalam otak.

BAGAIMANA CARANYA?

Apabila bayi menangis (serve), orang dewasa membelai/memujuk (return).
Apabila anak kecil memerhati (serve), orang dewasa mengagah  (return).
Apabila anak bertanya 'Why?' 'Kenapa?', orang dewasa melayan pertanyaannya (return).

Interaksi dua hala antara anak dan orang dewasa yang responsif sebegini bukan hanya membina otak kanak-kanak, ia juga menjadi asas kepada pembelajaran efektif seorang individu. 

Jika anak-anak kecil hanya diminta diam dan mendengar sahaja dalam kelas, ini tidak membantu perkembangan jalinan neural.  Perlu ada interaksi 'serve and return' antara anak dan guru.

Apabila anak melukis sesuatu, usahlah hanya berkata "Cantiknya" atau "Pandainya lukis" kepada anak tersebut.
Sebaliknya tanyalah anak "Apa yang berlaku dalam lukisan tersebut" dan "Kenapa melukis objek/situasi tersebut?".
Inilah kaedah 'serve and return' yang dapat memupuk kreativiti dan pemikiran kritis anak-anak melalui jalinan neural.

Apabila bacakan buku untuk anak (murid), bersoal jawablah dengan anak "Bagaimana agaknya 'ending' cerita ini?".  Ini juga kaedah 'serve and return'. 

Apabila bayi yang belum boleh bercakap tunjuk ke arah kereta (contohnya), sebutlah "Kereta" atau "Car" kepada bayi.  Ini juga kaedah 'serve and return' yang akan membantu perkembangan komunikasi, bahasa dan literasi awal seorang anak.

Anak-anak yang tidak melalui pengalaman interaksi 'serve and return' semasa kecil baik di rumah atau di sekolah, didapati tidak pandai menjalin perhubungan yang positif dengan orang lain, sering menunjukkan tanda-tanda 'distress',  dan akhirnya menyukarkan proses pembelajaran.  Kesannya boleh terbawa sehingga ke dewasa. 

Mulai hari ini bila terasa "Tak rajinnya nak melayan anak...", maka ingatlah 'Serve and Return'.
:)

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Kredit gambar: Center on The Developing Child, Harvard University.

No comments:

Post a Comment