Thursday, June 23, 2016

Rahmah Ibubapa buat Anak-anak

Dini:
[02/05 10:44] Maznah Ibrahim 🌹💪: Rahmah Ibubapa Buat Anak-Anak

Hubungan antara keluarga hendaklah atas cinta dan belas kasih. Seorang anak hendaklah dibesarkan atas belas kasih, bukan kebencian ibubapa. Untuk itu dalam al-Quran, Allah mengajar kita berdoa kepada kedua ibubapa dengan menyatakan:
وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
(Maksudnya) “Katakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua seperti mereka mendidikku semasa kecil” (Surah al-Isra, 24).

Walaupun arahan ini ditujukan kepada anak, tetapi ia pengajaran buat ibubapa agar mendidik anak dengan belas kasihan. Jika ibubapa tidak mendidik anak dengan belas kasihan semasa kecil, maka bagaimana mungkin doa ini akan sesuai untuk mereka nanti?!

Bapa ataupun ibu yang zalim, memukul ataupun menyeksa anak dengan cara yang salah adalah manusia yang tidak layak memikul gelaran ibu ataupun bapa. Ibu bapa yang menengking anak bukan pada tempatnya atau memaki hamun anak dengan bahasa yang buruk dan jelik bukan pendidik yang layak mendapat doa al-Quran tadi. Mereka inilah yang merosakkan masa depan dan kehalusan budi serta akhlak anak-anak. Hubungan asal anak dan ibubapa yang berasas cinta dan rahmat bertukar menjadi dosa dan kebencian.

Maka tidak hairan jika ibubapa yang cuai itu dilupai oleh anak mereka apabila dewasa nanti. Perbuatan melupai ibubapa itu tidak baik, tetapi kehilangan rahmat ibubapa itulah punca menghilangkan segalanya. Apabila melihat Nabi s.a.w mencium cucu baginda al-Hasan bin ‘Ali, Al-Aqra’ bin Habis berkata bahawa dia mempunyai sepuluh orang anak, tiada seorang pun dia pernah cium. Nabi s.a.w berkata kepadanya:
مَن لا يَرحَمْ لا يُرحَمْ

“Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
[02/05 10:44] Maznah Ibrahim 🌹💪: 👆 Dr maza

No comments:

Post a Comment