Saturday, June 25, 2016

Dari Ibu Rose

Maznah Ibrahim - EhSabar:
Ketahuilah jika pertalian anda dengan anak anda rapat dan penuh kasih-sayang, dia tidak akan kisah dengan apa yang orang lain katakan kepadanya. Ya, dia mungkin akan sedih sebentar, namun jika dia tahu ibu dan ayahnya melihat dia dengan penuh rasa bersyukur dan yakin dia seorang anak yang baik dan sempurna untuk ibu bapanya, itu perisai yang kuat kuat baginya.

Salah seorang anak Ibu pernah dikutuk gemuk oleh seorang lelaki dewasa. Kutukan 'gemuk' itu keluar dari mulutnya tanpa ada memikirkan perasaan seorang anak yang ketika itu baru berusia 10 tahun.

Ibu peluk anak Ibu di hadapannya dan katakan dengan berbisik kepada anak Ibu itu, Ibu katakan " Sayang cukup dan sempurna untuk Mak. Gemok atau kurus. Your heart is wonderful. You are wonderful."

Sehingga kini, sebagai anak, dia sememangnya merupakan anak yang sangat menjaga Ibunya dan banyak berkorban untuk Ibu. He is handsome and he is kind :)

Orang yang suka mengutuk ini, dia merasakan sesuatu yang tidak cukup di dalam dirinya. Maafkanlah sahaja dan doakan agar dia tersedar akan keburukan perangainya.

Maznah Ibrahim - EhSabar:

👆iburose

Sntiasa lah berpandangan baik kpd Anak. Ucapkan rasa baik itu kpdnya. Agar kita terus menjadi tmpt dia bersandar dan membesar menjadi terbaik hingga mampu berdiri di atas kaki sndiri.

Maznah Ibrahim - EhSabar:
Ibu rose👇sama mcm sy ajar Fateh berkenaan dia dan rakan sekolah nya. Smlm parent teacher cnference mcm amik report card, dia byk improvement dlm diri dan termasuk interpersonal nya.  Apa yg kami ajar dia buat, sgt mudah ank kcil.

Maznah Ibrahim - EhSabar:

Perisai Kata-kata Negatif

Posting ni panjang. Harap sabar membaca.

Bagaimanakah pula sekiranya kata-kata negatif itu datangnya daripada orang lain? Adakah itu akan memberikan kesan negatif kepada anak kita. Ibu teringat satu insiden yang terjadi kepada anak lelaki Ibu. Ketika itu dia hanya berusia 11 tahun.

Tidak berapa jauh daripada rumah kami terdapat sebuah masjid. Dia suka menolong untuk membersihkan masjid itu setiap kali selepas solat Jumaat. Seorang lelaki yang menjaga masjid itu akan memberinya beberapa sen sebagai tanda penghargaan atas pertolongannya. Walau bagaimanapun, anak Ibu tidak melakukannya kerana wang. Dia hanya suka menolong. Dengan perkataannya sendiri dia berkata, “Saya hanya suka melakukannya kerana Tuhan suka Ibu berbuat baik.”

Pada suatu hari Jumaat, seperti biasa dia menolong untuk membersihkan masjid itu bersama-sama dengan beberapa orang kawannya. Dia terperanjat apabila tiba-tiba lelaki itu datang ke arah mereka dan berkata begini, “Kamu semua tidak ikhlas membersihkan masjid ini, kamu semua hanya mahukan wang!” Anak lelaki Ibu tercengang kerana tidak terlintas difikirannya membuat semua itu hanya untuk mendapatkan beberapa sen yang mana dia boleh mendapatkannya dengan mudah daripada ibu bapanya sendiri. Dia pulang ke rumah dan menceritakannya kepada Ibu dan dengan linangan air mata dia mengatakan, “Macam mana orang itu boleh kata macam itu.”

Ibu dapat melihat kesakitan dan kepedihan di hatinya. Ibu masih teringat bagaimana Ibu memikirkan cara dia dan Ibu boleh menjadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran serta menukarkan perkara yang kelihatan pada mata kasar sebagai satu situasi negatif kepada sesuatu yang positif. Semoga kami mendapat kekuatan jiwa daripada pengalaman itu.

Ibu menggalakkan anak lelaki Ibu supaya memaafkan sahaja lelaki itu dan belajar dari peristiwa itu. Ibu seterusnya mengingatkannya supaya ingat akan perasaannya ketika itu supaya dia jangan melakukan perkara yang sama kepada orang lain, terutamanya kanak-kanak apabila dia dewasa kelak. Sebagai seorang yang lebih tua, dia mesti menunjukkan contoh yang positif untuk diikuti oleh orang yang lebih muda dan bukan mengambil kesempatan atas kedudukannya untuk mengutuk dan menyakitkan hati orang lain.

Kemudian Ibu menggalakkannya untuk menolong orang itu membersihkan masjid itu dan memberitahunya bahawa Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan kerana Tuhan tahu apakah niat dalam hatinya. Kemudian Ibu membacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya yang tertera dalam hadis 40 An. Nawawi;

“Setiap sesuatu itu bermula dengan niat. Dan setiap seorang akan mendapat apa yang dia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka penghijrahannya adalah untuk itu, dan barang siapa yang berhijrah untuk mengahwini perempuan, maka penghijrahannya itu adalah untuk itu pula.”

Ibu mengingatkannya untuk membuang segala kemarahan dan dendamnya terhadap lelaki itu kerana perbuatan itu adalah tidak baik untuknya. Tidak memaafkan adalah seperti mengambil racun, tetapi mengharapkan orang lain yang akan mati.

Kemaafan ialah kunci kepada kebahagiaan hidup. Ibu seterusnya memberitahu bahawa Ibu begitu bangga terhadapnya kerana dia menolong untuk membersihkan masjid itu dan Ibu berasa gembira jika dia terus melakukannya tanpa menghiraukan apa-apa.

Ibu sungguh bertuah, anak Ibu mempercayai Ibu dan memberitahu kedukaannya serta menerima nasihat Ibu. Ibu gembira kerana Ibu berupaya untuk menukar insiden itu kepada pengalaman yang menjadi pengajaran dan memperkasa kami berdua.

Ini menyedarkan Ibu setiap kali Ibu teringatkan peristiwa itu; bagaimana kita, sebagai orang dewasa dapat mewarnai tanggapan anak-anak kecil kita. Kesan pengaruh kita terhadap hati yang kecil dan minda mereka adalah sangat besar. Ibu juga terfikir apakah agaknya yang akan terjadi sekiranya anak Ibu tidak berupaya untuk belajar secara positif daripada peristiwa itu?

Kesimpulannya;-

1- Mesra dengan anak itu dan belai perasaannya.
2- Katakan perkara baik mengenainya dan beri beberapa contoh.
3- Ajak dia memaafkan orang yang mencemuh, mengutuknya itu.
Anda juga belajarlah memaafkan orang yang itu.
4- Jika dia sudah lebih 5 tahun, ajak dia berbincang dengan mesra apa perkara positif yang dia boleh ambil dari peristiwa itu.
5- Ingatkan dia berkali-kali bahawa dia amat dikasihi dan anda kasih kepadanya tanpa syarat.
6- Ingatkan dia bahawa dia penting untuk anda dan dunia ini dan ngatkan dia untuk terus melakukan kebaikan.
7- Jika anda rasa bersesuaian, minta orang itu berhenti mengatakan perkataan negatif itu kepada anak-anak anda. Minta dengan baik dan ceritakan kesannya.

Semua ini akan membantu dia membina Skil Intra-personalnya.

Untuk anak yang kecil di bawah 5 tahun, tidak perlu melakukan No.4

No comments:

Post a Comment