Thursday, June 23, 2016

Quranic Schooling

Dian769:
ATASI TANTRUM DENGAN KISAH AL-QURAN- KISAH BENAR
.
.
Ini kisah pagi semalam masa nak breakfast, Azizah buatkan Sweet Potato Ball Honey favourite anak-anak. Sebenarnya kuih keria tu tapi ni versi bulat sebab mereka suka bola dan sira gula biasa tu Azizah gantikan madu untuk anak-anak untuk lebih sihat.
.
.
Dah namanya favourite dan memang tengah lapar sangat, makanya tantrumlah si abang Waqar. 
.
.
Puas Azizah sabar,

--> teknik pertama cakap nasihat baik - baik dengan Waqar, masih sama tantrum menangis dan seangkatan dengannya semakin bertambah,

--->teknik kedua buat ponder corner 1 minit, beri ruang, letakkan Waqar di satu sudut nasihat dan minta dia berfikir good attitude,

-->ketiga peluk dan slow talk baik lagi sekali. Belum berjaya, kalau ikutkan memang boleh buat naik darah hehe. Alhamdulillah, إني صائم. 
Dipendekkan cerita, Alhamdulillah siap sediakan makanan favorite anak! Baru nak makan, panass pula! Tantrum lagi..

--> Akhirnya saya katakan dengan excited "Haa nak dengar tak cerita Nabi Ibrahim kena bakar dalam api tapi tak hangus, api jadi sejuk!"
.
.
Terus mata Waqar terbeliak😱senyap terus, berhenti segala aksi tantrum. Ma shaa Allah, La hawla wala Quwwata illa billahil 'aliyyil' azim. "nak nak dengar! "
.
.
Alhamdulillah semangat #SeminarQuranicHomeschooling kelmarin masih membara hehe, terus apply. Allah ilham ayat dan idea.
.
.
Azizah terus ajarkan ayat Al Quran tentang api yang disejukkan Allah dari surah Al-Anbiya ayat 69.
.
.
Bacakan pada kuih dia, pegang je kuih dengan teruja Waqar kata dah sejuk, Allah sejukkan. Nak tahu tak apa Waqar kata last sekali?

"UMMI , ADA LAGI TAK KUIH NI KAT DAPUR?"

"ADA, TAPI UMMI KENA GORENG DULU"

"OK, LEPAS HABIS NI UMMI GORENG LAGI, WAQAR NAK BACA AYAT NI NANTI ALLAH SEJUKKAN, TAK PANAS LAGI, BOLEH MAKAN"
😁😁

Nampak simple je kan, tapi bagi Azizah tengah cuba untuk apply apa yang azizah dapat dari #SeminarQuranicHomeschooling oleh Puan Siti AminAnakku Alhafizfiz
.
.
Menurut Puan Siti Aminah, dalam apa jua situasi seharian cuba untuk kaitkan dengan Al Quran, sebut pada anak, Allah ada mention dalam surah apa ayat apa, contoh mudah bila nampak matahari selalu sebut "SUN" je kan, sekarang kita upgrade jadi
.
"SUBHANALLAH, TENGOK TU MATAHARI, ALLAH CIPTA MATAHARI.. NAK TAHU TAK DALAM AL-QURAN ALLAH ADA MENYEBUT PERIHAL MATAHARI, NAK?
surah As Syams ayat 1. (bacakan ayat dan terjemahan pada anak, kemudian lanjutkan dengan menghubungkan dengan kehidupan seharian) ''
.
.
Di sini secara tidak sengaja dapat menerapkan penghayatan ayat ayat Al-Quran dalam jiwa anak-anak.

=======
TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN
=======

1. Bangkitkan rasa teruja anak dengan kisah Al Quran.

2. Ajak anak buka Al Quran sama - sama, lihat ayat baca, dan baca terjemahan bersama anak.

3. Saya suka untuk extract ayat tersebut dan tulis atas kertas lain, besar untuk baca bersama anak, dan kemudian boleh tampal di dinding.

4. Apply terus pada situasi kehidupan sebenar, macamni bacakan untuk mohon Allah sejukkan kuih, seperti Maha Berkuasanya Allah menyejukkan api untuk Nabi Ibrahim alaihissalam.
.
.
Penambahan dari seorang ayah bila mana anak excited bercerita pada ayah semasa ayah pulang dari kerja, Abati terangkan pada waqar  bila marah juga, boleh bacakan ayat ni, marah kan dari api. Mohon Allah redakan.

5. Cari buku cerita yang ada Kisah Nabi Ibrahim. Azizah gunakan buku ni, ceritakan lebih lanjut macam mana Nabi Ibrahim sampai kena bakar oleh Raja Namrud yang zalim.

6. Boleh lukiskan cerita tu dalam bentuk visual untuk memaksimumkan imaginasi anak.
.
Nantikan, in shaa Allah Azizah akan kongsikan input lain dari #SeminarQuranicHomeschooling ya.

#IQraKidzShares #IQraKidzCollection
#AlQuranStories

No comments:

Post a Comment